“𝐌𝐚𝐫𝐮𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐚𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧.” Dalam dunia yang semakin mencabar, wanita berdepan pelbagai bentuk risiko termasuk gangguan seksual, eksploitasi, penipuan, penderaan, keganasan rumah tangga serta jenayah yang boleh berlaku sama ada secara bersemuka mahupun di alam digital. Kesedaran, keberanian dan pengetahuan tentang keselamatan diri merupakan benteng penting dalam melindungi maruah serta kesejahteraan wanita. Jom bersama-sama tingkatkan pengetahuan tentang langkah pencegahan, mengenali situasi berisiko dan bertindak dengan bijak demi memastikan diri sentiasa berada dalam keadaan selamat. Ayuh sertai kami dengan topik “JAGA DIRI, JAGA MARUAH” yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu : 👤 ASP HAFIZAH BINTI RADUAN ASP KAUNSELING KERJAYA/ KELUARGA, BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING, JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD, BUKIT AMAN, POLIS DIRAJA MALAYSIA 🗓️ Tarikh : 28 Ogos 2026 (Jumaat) ⏰ Masa : 09.00 pagi – 10.00 pagi Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua.
Image