“𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒏𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒉 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒎𝒂𝒊.” Apabila konflik berlaku dalam rumah tangga, perbezaan pendapat tidak semestinya berakhir dengan pertelingkahan. Ada ruang untuk berbincang, memahami dan mencari jalan penyelesaian secara damai. SULH hadir sebagai satu pendekatan yang mengutamakan perdamaian, perbincangan dan penyelesaian konflik tanpa perlu melalui proses yang panjang dan penuh sengketa. Kerana setiap perselisihan ada jalan penyelesaiannya. Kadangkala, yang diperlukan bukan siapa yang menang atau kalah, tetapi kesediaan untuk duduk bersama, berbincang dan mencari perdamaian. Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas tajuk Kenali Mahkamah Shariah 𝑺𝒖𝒍𝒉 : 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒎𝒂𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒏𝒑𝒂 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒆𝒏𝒈𝒌𝒆𝒕𝒂 yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu 👤 Puan Marina Binti Abdul Rahman , Pegawai Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) 🗓️ Tarikh : 24 Ogos 2026 (Isnin) ⏰ Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua.
Image