ANDA PERANTIS YANG KAMI CARI? INILAH MASANYA MELANGKAH KE PERINGKAT SETERUSNYA! ![]()
PELAWAAN PERMOHONAN PERANTIS DILANJUTKAN SEHINGGA 28 FEBRUARI 2026.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempelawa tokoh wanita atau organisasi yang ditubuhkan secara sah untuk menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026.
Program ini bertujuan membangunkan bakat kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya merangkumi pelbagai bidang keutamaan seperti kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, kesejahteraan, keselamatan, teknologi dan kesihatan.
Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk memperkukuh kepimpinan, meluaskan jaringan strategik dan dibimbing oleh tokoh wanita berjaya negara.
Sertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026
Bina pengaruh, tingkatkan kredibiliti dan ciptakan impak sebenar dalam bidang anda.
ð—£ð—²ð—¿ð—ºð—¼ð—µð—¼ð—»ð—®ð—» ð—±ð—¶ð—¯ð˜‚ð—¸ð—® ðŸ®ðŸ¬ ð——ð—¶ð˜€ð—²ð—ºð—¯ð—²ð—¿ ðŸ®ðŸ¬ðŸ®ðŸ± ð˜€ð—²ð—µð—¶ð—»ð—´ð—´ð—® ðŸ®ðŸ´ ð—™ð—²ð—¯ð—¿ð˜‚ð—®ð—¿ð—¶ ðŸ®ðŸ¬ðŸ®ðŸ² ð˜€ð—®ð—µð—®ð—·ð—®!
Mohon sekarang di
http://bit.ly/PERANTIS2026
Kertas kerja hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Malaysia mengikut format yang ditetapkan.
Ayuh bersama melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berwibawa dan berdaya saing demi pembangunan negara.
Pertanyaan: 03-8323 1618 / 1266 / 1730 / 1779
Emel:
