PERANAN KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
* Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.
* Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) kementerian/jabatan melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
* Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di Jabatan berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
* Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
* Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
* Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
* Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP kementerian/jabatan.
* Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di Jabatan bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
* Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus berkaitan.
* Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
* Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT kementerian/jabatan/agensi dan Mesyuarat Kerajaan Digital.