Wanita Sejahtera: Sihat Minda, Sejahtera Jiwa
βπ©πππ ππππ
π πππππ, πππ
ππ ππππππ πππππ ππππ π
ππ ππππππππ.β
Kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan hidup yang sering dipandang ringan. Dalam kesibukan harian, tekanan emosi, keletihan dan beban fikiran boleh memberi kesan besar kepada kualiti hidup seseorang tanpa kita sedari. Justeru, penting untuk kita memahami, menjaga dan memberi ruang kepada diri sendiri untuk pulih.
Program βSIHAT MINDA, SEJAHTERA JIWAβ diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dalam kehidupan seharian. Melalui perkongsian ini, peserta akan didedahkan dengan cara mengurus emosi, mengenali tanda tekanan serta membina keseimbangan antara minda dan jiwa.
Ayuh bersama kita bina kehidupan yang lebih tenang, positif dan sejahtera dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN NOR ASIDA BINTI SHAFII
PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING,
JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG
Tarikh : 14 April 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi β 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
