Lawatan Kerja Rasmi Ketua Setiausaha, KPWKM Ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
LAWATAN KERJA RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT(KPWKM) KE PRISMAnita PPWN KELANTAN
2 April 2026|Khamis
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, hari ini membuat lawatan rasmi ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) bagi meninjau pelaksanaan inisiatif baharu PRISMAnita yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026.
Menerusi lawatan ini YBhg Datuk KSU dapat melihat secara lebih dekat pelaksanaan serta pengoperasian kaunter PRISMAnita sebagai perantara rujukan, intervensi, sokongan, maklumat dan advokasi untuk wanita selain memantau sendiri keberkesanan kaedah runding cara dilakukan terhadap klien.
Sepanjang lawatan, YBhg. Datuk KSU turut diberi taklimat berkaitan peranan dan pencapaian PRISMAnita PPWN Kelantan, selain turut berinteraksi bersama kakitangan PPWN Kelantan.
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) amat komited dalam menyediakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa wanita hingga ke akar umbi dalam memastikan agenda pemerkasaan wanita terus diperkasa selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
Hadir bersama YBrs. Dr. Faridah Awang, Timbalan Ketua Pengarah JPW serta Pegawai-pegawai Kanan JPW.
