.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Setiausaha, KPWKM Ke PRISMAnita, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan

■|Di sebalik senyuman, ada luka yang tidak terlihat|■

658167565 18570710086061872 3669666079093572102 n

Puan Z (bukan nama sebenar) melangkah ke PRISMAnita Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Kelantan bersama anak-anaknya yang masih kecil dengan hati yang berat untuk membuat aduan serta mendapatkan bantuan dan sokongan ke atas kes yang dihadapinya.

Ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi", begitulah perumpamaan apabila kita mengharapkan peranan ahli keluarga bagi bersama-sama melindungi dan menjaga, malah berlaku sebaliknya pula kepada Puan Z.

Beliau telah datang ke PRISMAnita PPWN Kelantan bagi melaporkan kes sumbang mahram yang berlaku dalam kalangan ahli keluarganya sendiri.

Puan Z nekad membuat laporan polis namun beliau serta merta diceraikan oleh suaminya.

Puan Z hadir ke PRISMAnita Negeri Kelantan bagi mendapatkan bantuan serta sokongan psikososial.

Beliau dibantu oleh pegawai PPWN Kelantan dimana, aduan telah direkodkan dan Puan Z telah diberi sokongan psikososial bersama anaknya. Selain itu, pegawai PPWN Kelantan juga membantu untuk membuat laporan polis sekali lagi bagi mendapatkan perlindungan keselamatan untuk beliau serta anak-anaknya.

Kini, melalui PRISMAnita sebuah inisiatif oleh JPW melalui PPWN menjadi ruang harapan bagi wanita seperti Puan Z yang tidak lagi bersendirian tatkala berhadapan cabaran dalam kehidupan. Di PRISMAnita mereka dipandu, disokong, didengar dan diperjuangkan.

Kerana setiap wanita berhak untuk bangkit semula dan setiap luka berhak untuk disembuhkan serta kami percaya di setiap kisah duka, pasti ada sinar harapan di penghujungnya.

#KASIHKPWKM

#KitaKanKeluarga

#MalaysiaMADANI

#MADANIBEKERJA

#taatsetia

#RealisasiReformasi

#Rutin2Reformasi

Image