Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026
18 Julai 2026|Hari Pertama
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertempat di Dewan Kampo, International Youth Centre (IYC), Cheras, Selangor.
Program yang dihadiri oleh 128 orang peserta ini juga turut berlangsung selama tiga (3) hari dan ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperkasa golongan ibu tunggal melalui pembangunan kapasiti, peningkatan pengetahuan serta pengukuhan kesejahteraan diri.
Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang merangkumi Modul Pengurusan dan Literasi Kewangan, termasuk slot Kenali Wang Anda (Pancing Ringgit), Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Berhemah dan aktiviti interaktif Pemburu Wang (Money Hunter) yang dikendalikan oleh penceramah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Modul Kemahiran Perundangan dan Modul Pembangunan Psikososial bagi meningkatkan kefahaman mengenai hak perundangan, kesejahteraan emosi, pengurusan diri serta pembangunan potensi sebagai wanita dan ketua keluarga.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memperkasa ibu tunggal melalui pendekatan yang holistik, sekali gus melahirkan wanita yang lebih berilmu, berdaya tahan, berdikari dan mampu menyumbang kepada pembangunan keluarga serta masyarakat.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#KasihnITa
