Sinergi KASIH Wanita: Memperkasa Akar Umbi Sektor Ketiga
SINERGI KASIH WANITA PERKASA AKAR UMBI KOMUNITI
9 April 2026|Khamis
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri hari ini telah merasmikan Program Sinergi Kasih Wanita: Memperkasa Akar Umbi (Sektor Ketiga) di Raia Hotel & Convention Centre Kuching, Sarawak anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif yang dirancang bagi memperkukuhkan peranan wanita dalam sektor ketiga melalui pembangunan kapasiti, jaringan sokongan dan pemerkasaan ekonomi serta sosial. Ia turut memberi fokus kepada wanita di peringkat komuniti agar lebih berdaya saing, berdikari, dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara mampan.
Sektor ketiga memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti, khususnya dalam aspek kebajikan, pendidikan, dan pembangunan sosial. Namun demikian, penglibatan wanita di peringkat akar umbi masih memerlukan sokongan berterusan dari segi peningkatan kemahiran, akses kepada pengetahuan serta peluang untuk membina jaringan strategik yang lebih luas.
Dalam program ini juga, terdapat slot perkongsian pemerkasaan wanita antaranya Memperkasa Wanita Sarawak: Menghayati Dasar Wanita Negara Ke Arah Kemajuan Inklusif, Pemerkasaan Peranan NGO Melalui BKP dan Perantis serta Agenda Wanita, Keamanan dan Keselamatan sebagai pendedahan kepada peserta tentang inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
KPWKM sentiasa komited dalam memperkasa peranan wanita sebagai ejen perubahan, serta mengarusperdana kepentingan gender dalam aspek perancangan dan pembangunan negara. Kementerian juga sentiasa terbuka untuk bekerjasama mendengar pandangan dan seterusnya memperkukuh sinergi supaya segala usaha yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada wanita, keluarga dan komuniti.Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) YBrs. Puan Hanani Sapit, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Negeri.
#KASIHKPWKM
#KitaKanKeluarga
#MalaysiaMADANI
#MADANIBEKERJA
#taatsetia
#RealisasiReformasi
#Rutin2Reformasi
