Taklimat Dan Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri KPWKM Ke Jabatan Pembangunan Wanita
TAKLIMAT DAN LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT KE IBU PEJABAT JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)
19 Januari 2026
Bersempena kunjungan YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) satu sesi taklimat telah diberikan kepada beliau oleh YBrs Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi serta pelaksanaan inisiatif dan program strategik JPW dalam usaha memperkasa wanita di peringkat nasional.
Dalam sesi taklimat tersebut, YB Timbalan Menteri telah diberikan penerangan berkaitan hala tuju serta pencapaian semasa JPW dalam mendukung agenda pembangunan wanita selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI. Perbincangan turut memfokuskan kepada kluster utama JPW iaitu Wanita dan Kepimpinan, Wanita Ekonomi, Wanita Sejahtera serta Wanita Selamat, pengukuhan tadbir urus dan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi memastikan program yang dilaksanakan memberi impak berterusan kepada golongan sasar.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen kepimpinan kementerian dalam memperkukuh sinergi bersama warga JPW, di samping memastikan setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan terus relevan, inklusif dan berkesan demi memartabatkan wanita serta menyokong pembangunan negara secara holistik.
