.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO
“𝑰𝒍𝒎𝒖 𝑪𝒖𝒌𝒂𝒊, 𝑲𝒆𝒘𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑳𝒆𝒃𝒊𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓.” Cukai merupakan salah satu tanggungjawab kewangan yang perlu difahami oleh setiap individu. Namun, masih ramai yang kurang jelas tentang pengurusan cukai, hak pembayar cukai serta kepentingan membuat perancangan kewangan yang bijak. Program Bijak Cukai memberi pendedahan berkaitan asas percukaian, kaedah pengurusan rekod kewangan serta panduan penting dalam memenuhi tanggungjawab cukai dengan lebih yakin dan teratur. Melalui pemahaman yang betul, peserta dapat mengurus kewangan secara lebih sistematik serta membuat perancangan masa hadapan dengan lebih baik. Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas topik“𝑩𝒊𝒋𝒂𝒌 𝑪𝒖𝒌𝒂𝒊” yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu: 👤 Dr. Ida Suriya Binti Ismail, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam. 🗓️ Tarikh: 30 Julai 2026 (Khamis) ⏰ Masa: 09.00 pagi – 10.00 pagi Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
"𝑼𝒓𝒖𝒔 𝑾𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑩𝒊𝒋𝒂𝒌, 𝑩𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑳𝒆𝒃𝒊𝒉 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒎𝒊𝒏." Pengurusan kewangan yang baik merupakan asas kepada kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera. Dengan perancangan kewangan yang teratur, wanita bukan sahaja dapat mengurus perbelanjaan harian dengan lebih berhemah, malah mampu membina tabungan, mengurus hutang secara bijak serta membuat persediaan menghadapi keperluan dan cabaran pada masa hadapan. Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas topik “𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒖𝒔 𝑩𝒊𝒋𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔 𝑾𝒂𝒏𝒈” yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu: 👤 Dr. Noreena Binti Md Yusoff, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam. 🗓️ Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa) ⏰ Masa: 11.30 pagi – 12.30 tengah hari Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami ⬇️ https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua.
PROGRAM IRIS SIRI KE-12: KEGANASAN FIZIKAL. BUKAN SEKADAR MASALAH DOMESTIK Adakah anda benar-benar memahami hak anda apabila berdepan keganasan rumah tangga? Sertai sesi perkongsian ini untuk mengetahui perlindungan undang-undang, saluran bantuan serta tindakan yang boleh diambil. Tingkatkan kesedaran demi melindungi diri, keluarga dan komuniti melalui ilmu yang tepat. Justeru itu, JPW Pahang terus mengorak langkah memperkasakan agenda advokasi wanita menerusi inisiatif PRISMAnita dengan pelaksanaan Program Literasi Perundangan & Hak Wanita (IRIS). Inisiatif ini menjadi wadah strategik dalam memperluas literasi perundangan, memperkukuh kesedaran terhadap hak-hak wanita serta membina masyarakat yang lebih peka, berdaya tahan dan berinformasi. Program ini akan disampaikan oleh Puan Hajah Siti Nurul Hidayah binti Haji Ishak, seorang Peguambela, Peguamcara, Peguam Syarie, Pesuruhjaya Sumpah dan Notari Awam di Hidayah Ishak & Partners, Pahang, yang berpengalaman hampir 16 tahun dalam bidang perundangan. Kepakaran beliau merangkumi pelbagai aspek Undang-Undang Sivil dan Syariah, sekali gus memberikan nilai tambah kepada kupasan mengenai kesedaran undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga di Malaysia. 🗓️ Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa) 🕝 Masa: 2.30 petang – 3.30 petang 📍 Platform: Facebook Live JPW Pahang Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami 📍 Platform: Facebook Live https://www.facebook.com/jpwanitapahang/ 🎁 Kelebihan Menyertai: E-Sijil disediakan kepada semua peserta yang mengisi borang kehadiran di akhir slot! Ayuh bersama meningkatkan kefahaman mengenai hak wanita dan peruntukan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga demi mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, selamat dan sejahtera.

✨ 𝐉𝐨𝐦 𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐜𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐈𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program ini dianjurkan khas bagi membantu wanita memperkasa diri melalui peluang kemahiran dan penjanaan pendapatan dalam bidang perniagaan, makanan & minuman, perkhidmatan serta kraf kreatif. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada wanita yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. 🌸💼

Melalui program ini, peserta berpeluang menerima pendedahan, bimbingan dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan serta kemahiran keusahawanan ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan berjaya. Tempat adalah TERHAD kepada 30 peserta sahaja, jadi jangan lepaskan peluang ini!

📌 Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 2026 (Ahad , 12.00 Tengah Hari)

📌 Syarat-syarat penyertaan boleh lihat di poster atau borang penyertaan.

🔗 Daftar sekarang melalui pautan berikut atau scan kod QR tertera:

Klik Untuk Daftar Program KIRANA 2026: https://forms.gle/fSkqdLiZk9dKjcoL7

☎️ Peserta yang melepasi kelayakan akan dihubungi oleh pihak PPWN Pahang untuk sesi temuduga.



SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ðŸ˜šðŸ˜š ðŸ‘ðŸ‘ ðŸ‘ðŸ¥³

𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒍𝒊𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊…𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕𝒊.

669138486 122267144504171884 5863986473831078929 n

Berhenti normalisasikan keganasan dalam hubungan. Menampar, mengugut, mengawal, memaksa kerana semuanya bukan tanda sayang, tetapi bentuk penderaan yang tidak boleh diterima sama sekali. Tiada alasan, tiada kompromi. Keganasan rumah tangga adalah jenayah.

Program “KEGANASAN RUMAH TANGGA: CINTA BUKAN DERITA” membuka mata masyarakat tentang realiti yang sering disembunyikan di sebalik pintu tertutup. Ia memberi pendedahan jelas tentang bentuk-bentuk keganasan, hak mangsa, serta tindakan yang perlu diambil untuk keluar daripada kitaran penderaan.

Diam bukan penyelesaian. Takut bukan alasan untuk terus bertahan. Bangkit, lindungi diri, dan berani bersuara kerana anda berhak untuk hidup tanpa penderaan.

Jom sertai kami dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :

👤 TUAN GOPAL A/L AKAMBARAM

KETUA UNIT PSIKOLOGI S12,

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,

JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN

🗓️ Tarikh : 15 April 2026 (Rabu)

⏰ Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi

Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami

⬇️

https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor

Image