.

Borang Maklum Balas

<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
CDO CDO
PROGRAM KASIH IBU TUNGGAL (KasihnITa) 2026 FASA 2- PEMBANGUNAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya selama tiga (3) hari bermula pada 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Quest Hotel Midport, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program yang telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memperkasa ibu tunggal melalui pembangunan kapasiti yang holistik menerusi tiga modul teras, iaitu Pembangunan Psikososial, Kemahiran Perundangan serta Pengurusan dan Literasi Kewangan. Hari pertama program memberi tumpuan kepada Modul Pembangunan Psikososial, yang dikendalikan oleh Team PCRS bersama Coach Airol Irwan. Peserta dikongsikan dengan aktiviti pengenalan dan ice breaking bagi membina keyakinan diri, meningkatkan motivasi dan mengukuhkan hubungan sesama peserta. Hari kedua diteruskan dengan Modul Kemahiran Perundangan yang memberi pendedahan berkaitan sistem perundangan, prosedur dan etika di mahkamah, proses perbicaraan serta penghujahan, di samping persediaan tuntutan di mahkamah. Hari ketiga memfokuskan kepada Modul Pengurusan dan Literasi Kewangan, yang memberi penekanan kepada pengurusan aliran tunai, pengurusan kredit, perancangan kewangan keluarga dan pengurusan kewangan secara berhemah. Pengisian modul ini bertujuan meningkatkan literasi kewangan peserta agar mereka lebih berkemahiran mengurus kewangan keluarga, membuat keputusan kewangan yang bijak serta merancang masa depan yang lebih mampan. Program ini turut memperlihatkan komitmen berterusan KPWKM dan JPW dalam memastikan golongan ibu tunggal terus diperkasa, berdikari dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan serta pembangunan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 18 Julai 2026|Hari Pertama Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) Fasa 2- Pembangunan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertempat di Dewan Kampo, International Youth Centre (IYC), Cheras, Selangor. Program yang dihadiri oleh 128 orang peserta ini juga turut berlangsung selama tiga (3) hari dan ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperkasa golongan ibu tunggal melalui pembangunan kapasiti, peningkatan pengetahuan serta pengukuhan kesejahteraan diri. Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang merangkumi Modul Pengurusan dan Literasi Kewangan, termasuk slot Kenali Wang Anda (Pancing Ringgit), Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Berhemah dan aktiviti interaktif Pemburu Wang (Money Hunter) yang dikendalikan oleh penceramah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Modul Kemahiran Perundangan dan Modul Pembangunan Psikososial bagi meningkatkan kefahaman mengenai hak perundangan, kesejahteraan emosi, pengurusan diri serta pembangunan potensi sebagai wanita dan ketua keluarga. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan KPWKM dalam memperkasa ibu tunggal melalui pendekatan yang holistik, sekali gus melahirkan wanita yang lebih berilmu, berdaya tahan, berdikari dan mampu menyumbang kepada pembangunan keluarga serta masyarakat. #KASIHKPWKM #KitaKanKeluarga #MalaysiaMADANI #MADANIBEKERJA #KasihnITa
KASIHNITA PERKUKUH JARINGAN SOKONGAN DAN PEMERKASAAN IBU TUNGGAL 19 Julai 2026 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri hari ini merasmikan Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnlTa) 2026 Peringkat Negeri Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa golongan ibu tunggal agar lebih berdaya saing, berdikari dan berupaya meningkatkan kesejahteraan keluarga. Dalam ucapannya, Program KasihnlTa bukan sekadar platform pembangunan kemahiran, malah menjadi medan membina keyakinan diri, memperkukuh daya tahan serta membuka peluang kepada ibu tunggal untuk meningkatkan taraf sosioekonomi melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan jaringan sokongan yang berterusan. Program KasihnlTa 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah menerima seramai 150 peserta berjaya dipilih bagi mengikuti program kali ini. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan kesungguhan ibu tunggal untuk terus menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan memperbaiki taraf kehidupan walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk kekangan masa, tanggungjawab keluarga serta faktor jarak dan mobiliti. YB Menteri turut menegaskan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif pemerkasaan wanita bagi memastikan mereka terus diberi peluang meningkatkan kapasiti diri serta memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara. Diakhir ucapannya, semua peserta diseru untuk menjadikan Program KasihnITa sebagai titik permulaan untuk terus bangkit serta KPWKM akan terus memastikan agenda memperkasa ibu tunggal kekal menjadi keutamaan supaya mereka bukan sahaja mampu berdikari, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan keluarga yang lebih sejahtera dan masyarakat yang lebih inklusif serta berdaya tahan. Turut hadir Ketua Pengarah JPW, YBrs Puan Hanani Sapit dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian.
PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA@KEGANASAN RUMAH TANGGA (AKUWANITA@KRT) PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 15 Julai 2026 Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AKUWANITA@KRT) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita bertempat di Hotel Swiss-Garden, Melaka. Dengan penyertaan seramai 300 orang peserta ke program ini menunjukkan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dalam memperkukuh usaha advokasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan rumah tangga amat penting kepada masyarakat komuniti. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk slot perkongsian Dengarkan Jeritan Batinku, slot Berani Bersuara Keluar Dari Keganasan Rumah Tangga serta perkongsian Fungsi One Stop Crisis Center Dalam Keganasan Rumah Tangga. Program ini turut menjadi platform untuk memberi penekanan kepada keberanian mangsa untuk mendapatkan bantuan serta menggalakkan masyarakat memainkan peranan sebagai mata dan telinga dalam membendung keganasan rumah tangga. Program ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JPW dalam memperkasa wanita dan memperkukuh institusi keluarga melalui pendekatan advokasi yang menyeluruh. Hadir sama Puan Nor Khalida binti Kasim, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka (PPWN), Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan agensi. #KASIHKPWKM #KitaKanKeluarga #MalaysiaMADANI #MADANIBEKERJA #taatsetia
PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA (AKuWANITA@KRT) DAN HARI TERBUKA PRISMAnita PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 15 Julai 2026|Rabu Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita (AKUWANITA@KRT) dan Hari Terbuka PRISMAnita Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu (PPWN) ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertempat di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu. Sepanjang program berkenaan, terdapat pelbagai pengisian utama seperti Slot Pengenalan kepada Keganasan Rumah Tangga: Punca dan Kesan KRT diikuti forum bertajuk Ayuh Berani Lapor, Pocket Talk: Memperkasa Wanita Menghadapi Keganasan Rumah Tangga "Bantuan Itu Ada: Ketahui Kemana Perlu Dituju" serta sesi perkongsian pengalaman oleh seorang pemandiri. Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Puan Hanani Sapit menegaskan bahawa usaha menangani keganasan terhadap wanita memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak melalui pendekatan advokasi, perlindungan dan pemerkasaan komuniti. Beliau turut menyeru masyarakat agar tidak berdiam diri terhadap sebarang bentuk keganasan serta segera melaporkan untuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang disediakan. Penganjuran Program AKUWANITA@KRT dan Hari Terbuka PRISMAnita ini mencerminkan komitmen berterusan JPW dalam memperkasakan wanita dan diharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak wanita, memperkukuh sistem sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan sejahtera selaras dengan aspirasi Dasar Wanita Negara. Turut hadir sama Puan Ezlin Sakinah binti Mat Sepin, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Terengganu serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dan Agensi. #KASIHKPWKM #KitaKanKeluarga #MalaysiaMADANI #MADANIBEKERJA #taatsetia
Image