“ð†ðšð§ð ð ð®ðšð§ ð¬ðžð¤ð¬ð®ðšð¥ ð›ð®ð¤ðšð§ ð ð®ð«ðšð®ðšð§. ðˆðš ð¥ð®ð¤ðš ð²ðšð§ð ð›ð¨ð¥ðžð¡ ð¦ðžð«ð¨ð¬ðšð¤ð¤ðšð§ ð¤ðžð¬ð¢ð¡ðšððšð§ ð¦ðžð§ððšð¥ ð¬ðžð¨ð«ðšð§ð ð°ðšð§ð¢ððš.â€
Gangguan seksual adalah satu bentuk pelanggaran terhadap maruah, keselamatan dan kesejahteraan mental wanita. Ia bukan isu kecil. Ia bukan perkara remeh dan ia bukan salah mangsa. Kesan gangguan seksual boleh membawa kepada trauma, keresahan melampau, kemurungan, hilang keyakinan diri malah gangguan fungsi harian. Namun ramai wanita masih memilih untuk berdiam diri kerana stigma, rasa malu dan takut tidak dipercayai.
Program “KESAN GANGGUAN SEKSUAL DARI SEGI MENTAL WANITA†bertujuan meningkatkan kesedaran tentang impak psikologi yang sebenar, memperkasakan wanita dengan ilmu, serta menggalakkan budaya sokongan dan keberanian bersuara. Kita perlu hentikan normalisasi gangguan dan mula membina persekitaran yang lebih selamat dan berintegriti.
Wanita berhak dilindungi. Wanita berhak didengar. Dan isu ini wajib dipandang serius. Jom sertai kami dengan topik yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
PUAN NUR IFFAH BINTI AZIZ
PEGAWAI PSIKOLOGI,
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KAJANG
Tarikh : 24 Februari 2026 (Selasa)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami
![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“ðŽð«ðšð§ð ð§ðšð¦ð©ðšð¤ ð¤ð®ðšðð§ð²ðš ðð¢ðš. ð“ðšð©ð¢ ððšð¤ ð¬ðžð¦ð®ðš ð§ðšð¦ð©ðšð¤ ð©ðžð§ðšðð§ð²ðš ðð¢ðš.â€
Menjadi ibu kepada anak autisme bukan sekadar tentang kesabaran. Ia tentang kekuatan emosi, mental dan fizikal yang diuji setiap hari. Di sebalik senyuman, ada air mata yang ditahan. Di sebalik ketegasan, ada hati yang selalu risau tentang masa depan anak tersayang.
Program “KEKUATAN KENDIRI WANITA: PENJAGA ANAK AUTISME†ini membuka ruang untuk para ibu memahami emosi sendiri, membina daya tahan mental serta belajar strategi psikologi untuk terus kuat tanpa mengabaikan diri sendiri. Kerana ibu juga manusia dan ibu yang kuat bermula dengan jiwa yang dijaga.
Jom sertai sesi ini untuk sama-sama belajar, berkongsi dan menguatkan antara satu sama lain yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu :
ENCIK MOHAMAD HAFIYZAN BIN MOHAMAD KHAIRIZAN
PEGAWAI PSIKOLOGI,
KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK,
KUALA KUBU BHARU.
Tarikh : 23 Februari 2026 (Isnin)
Masa : 09.30 pagi – 10.30 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Link pendaftaran hanya diberikan kepada mereka yang menonton semasa LIVE sedang berlangsung dan Sijil Penyertaan akan diberikan selepas program dan akan dihantar ke emel peserta yang berdaftar.
Selamat Menonton! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
“ð‘¯ð’‚ð’˜ð’‚ ð‘¯ð’‚ð’“ð’Žð’ð’ð’Š: ð‘²ð’–ð’ð’„ð’Š ð’†ð’Žð’ð’”ð’Š, ð’“ð’‚ð’‰ð’”ð’Šð’‚ ð’ƒð’‚ð’‰ð’‚ð’ˆð’Šð’‚.â€
Setiap wanita ibarat lautan yang penuh warna , kadang tenang, kadang bergelora. Dalam kehidupan yang serba pantas ini, emosi sering menjadi kompas yang membimbing kita menghadapi cabaran, membina hubungan, dan menemukan kebahagiaan sejati.Dengan hati yang harmoni, setiap wanita mampu mengukir bahagia dalam diri sendiri dan orang sekeliling. Dari kesedaran diri hingga pengurusan emosi bahawa kebahagiaan bukan sekadar destinasi, tetapi perjalanan yang indah apabila kita memahami dan menerima diri sepenuhnya.
Namun, wanita yang menjadi suri rumah pasti cabarannya bukan sekadar mengurus rumah tangga, tetapi juga mengemudi emosi, menjaga kesejahteraan diri, dan membina kebahagiaan keluarga. Dalam rutin harian yang padat, tekanan kecil kadang menimbulkan rasa letih dan emosi bercampur-baur.
Jom mari bersama – sama kami untuk mengupas tajuk "ð‘¯ð’‚ð’˜ð’‚ ð‘¯ð’‚ð’“ð’Žð’ð’ð’Š: ð‘´ð’†ð’ð’ˆð’†ð’Žð’–ð’…ð’Š ð‘¬ð’Žð’ð’”ð’Š, ð‘´ð’†ð’ð’ˆð’–ð’Œð’Šð’“ ð‘©ð’‚ð’‰ð’‚ð’ˆð’Šð’‚" yang dibawa khas bersama penceramah jemputan iaitu:
Dr Iman Mohamed Ali,
Pensyarah Perubatan,
Hospital Al -Sultan Abdullah,
UITM Puncak Alam.
Tarikh : 13 Februari 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Klik di pautan ini untuk terus ke Official Page Facebook kami![]()
https://www.facebook.com/PejabatPembangunanWanitaNegeriSelangor
Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua. ![]()
![]()
![]()
![]()
SILA LIKE & SHARE RAMAI-RAMAI ![]()
![]()
![]()
![]()
ANDA PERANTIS YANG KAMI CARI? INILAH MASANYA MELANGKAH KE PERINGKAT SETERUSNYA! ![]()
PELAWAAN PERMOHONAN PERANTIS DILANJUTKAN SEHINGGA 28 FEBRUARI 2026.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempelawa tokoh wanita atau organisasi yang ditubuhkan secara sah untuk menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026.
Program ini bertujuan membangunkan bakat kepimpinan wanita melalui bimbingan tokoh wanita berjaya merangkumi pelbagai bidang keutamaan seperti kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, kesejahteraan, keselamatan, teknologi dan kesihatan.
Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk memperkukuh kepimpinan, meluaskan jaringan strategik dan dibimbing oleh tokoh wanita berjaya negara.
Sertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2026
Bina pengaruh, tingkatkan kredibiliti dan ciptakan impak sebenar dalam bidang anda.
ð—£ð—²ð—¿ð—ºð—¼ð—µð—¼ð—»ð—®ð—» ð—±ð—¶ð—¯ð˜‚ð—¸ð—® ðŸ®ðŸ¬ ð——ð—¶ð˜€ð—²ð—ºð—¯ð—²ð—¿ ðŸ®ðŸ¬ðŸ®ðŸ± ð˜€ð—²ð—µð—¶ð—»ð—´ð—´ð—® ðŸ®ðŸ´ ð—™ð—²ð—¯ð—¿ð˜‚ð—®ð—¿ð—¶ ðŸ®ðŸ¬ðŸ®ðŸ² ð˜€ð—®ð—µð—®ð—·ð—®!
Mohon sekarang di
http://bit.ly/PERANTIS2026
Kertas kerja hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Malaysia mengikut format yang ditetapkan.
Ayuh bersama melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berwibawa dan berdaya saing demi pembangunan negara.
Pertanyaan: 03-8323 1618 / 1266 / 1730 / 1779
Emel:
Bekerja seharian di pejabat?
Kekal aktif dengan Senaman Atas Kerusi & perkongsian kesihatan hebat daripada pakar.
MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP
TARIKH : 26 JANUARI 2026 (ISNIN)
MASA : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT : LAMAN WANITA SUNGAI PETANI
Jom daftar sekarang
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
https://chat.whatsapp.com/COmy4KwPnwj1l5SgurupKb
Ikuti info/program yang terkini dari PPWN KEDAH dengan melayari:
Facebook: Ppwn Kedah
Instagram: ppwnkedah
Youtube: ppwn kedah
Twitter: JpwKedah
Tiktok: ppwn.kedah
