Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Dasar & Pelan Tindakan

Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita

Dasar Wanita Negara (DWN) yang pertama digubal pada tahun 1989 dan seterusnya disemak pada tahun 2009 dengan pengenalan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW).

 

DWN dan PTPW tahun 2025-2030 merupakan DWN yang digubal kali ketiga sebagai panduan kepada pelaksanaan semua strategi, program dan inisiatif kepada semua pihak berkepentingan.

 

Berbeza dengan DWN tahun 2009, naratif DWN dan PTPW tahun 2025-2030  akan dimulai dengan latar belakang kepentingan dasar wanita dan impaknya, sejarah pemerkasaan wanita dan rasional semakan semula yang bertujuan untuk memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan nuansa pemerkasaan wanita. DWN dan PTPW tahun 2025-2030 akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun, seiring dengan kitaran Rancangan Malaysia dan akan dilengkapi dengan sasaran keberhasilan yang terperinci bagi menambah baik proses pemantauan dan penilaian. 

 

DWN ini juga akan memperkenalkan pemacu perubahan dan serta empat pemboleh daya yang dijangka akan menjadi pencetus kepada kejayaan pelaksanaan DWN, iaitu data berasaskan gender, bajet responsif gender, penilaian impak berasaskan gender dan audit gender.

 

Pelaksanaan DWN dijangka akan meningkatkan imej Malaysia dalam laporan antarabangsa seperti Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW), Sustainable Development Goals (SDGs)Global Gender Gap Index dan World Competitiveness Report.

 

Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000889924
Today: 225
Yesterday: 290
This Week: 515
This Month: 1,057
Total: 889,924
  • Tarikh kemaskini : 08 April 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.