Program KASIH Ibu Tunggal
Program KASIH Ibu Tunggal
1. Apa itu Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa)?
Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa) merupakan program pemerkasaan ibu tunggal yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama agensi dan tenaga pakar yang berpengalaman. Terdapat tiga (3) modul utama dalam program ini iaitu:
- Modul Pengurusan Kewangan;
- Modul Kemahiran Perundangan; dan
- Modul Pembangunan Potensi.
2. Bila permohonan akan dibuka?
Permohonan akan dibuka bermula pada 16 Mei 2025 sehingga 16 Jun 2025.
3. Apakah yang ditawarkan dalam program ini?
- MODUL PENGURUSAN KEWANGAN
- Menstrukturkan semula kewangan.
- Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan.
- Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat.
- Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.
- MODUL KEMAHIRAN PERUNDANGAN
- Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah.
- Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.
- Analisis kes dan khidmat nasihat guaman.
- Khidmat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) - peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma - tertakluk kepada terma dan syarat.
- MODUL PEMBANGUNAN POTENSI
- Kenali dan kembangkan potensi diri.
- Pengurusan konflik/ masalah dan emosi.
- Pembentukan minda positif.
- Strategi mencapai kejayaan.
4. Mengapa ibu tunggal perlu menyertai program ini?
Setiap modul akan disampaikan oleh tenaga pengajar pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Kaedah pelaksanaan yang dijalankan memberi fokus kepada setiap kes dan permasalahan individu secara spesifik. Melalui sesi coaching & mentoring, peserta akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar sehingga berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
5. Adakah yuran bayaran akan dikenakan kepada peserta bagi menyertai program ini?
Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta bagi program ini.
SYARAT PENYERTAAN
6. Apakah kelayakan bagi menyertai program ini?
Kriteria kelayakan pemilihan peserta adalah seperti berikut:
- Ibu tunggal mengikut definisi KPWKM (wanita ketua isi rumah yang mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah)
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 - 50 tahun.
- Menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan atau potensi diri.
7. Apakah komitmen yang perlu diberikan oleh peserta setelah mendaftar bagi menyertai program ini?
Peserta perlu memberikan sepenuh komitmen bagi mengikuti tiga (3) fasa program sehingga selesai. Walau bagaimanapun peserta yang telah melalui fasa 1 akan disaring berdasarkan keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk layak menyertai fasa seterusnya.
8. Bagaimanakan program ini akan dilaksanakan?
Setiap modul akan dilaksanakan secara berfasa seperti perincian berikutr:
FASA 1: PENGENALAN
Sesi pengenalan modul selama 3 jam secara dalam talian. Peserta akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk layak ke fasa seterusnya.
FASA 2: PEMBANGUNAN
Latihan intensif mengikut modul selama 1 hari secara fizikal mengikut zon pelaksanaan yang dipilih oleh peserta. (Tempat akan dimaklumkan kemudian).
FASA 3: BIMBINGAN
Coaching & mentoring secara individu dan berkumpulan secara dalam talian/ fizikal selama 3 bulan.
9. Bagaimanakah cara untuk menyertai program ini?
Peserta boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut:
- Pilih modul melalui ikon di bawah.
- Baca dan faham maklumat yang diberikan.
- Klik butang "Daftar Sekarang".
- Isi borang permohonan.