Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

WeJANA

Image

 

PROGRAM PENJANAAN PENDAPATAN WANITA (WEJANA)

Program WeJana merupakan program bimbingan kepada wanita yang ingin menjana pendapatan melalui keusahawanan dan ingin memantapkan pengetahuan untuk menjalankan perniagaan. la merupakan program pembangunan kapasiti yang meliputi elemen kemahiran melalui bimbingan dan latihan. 

Program WeJana mensasarkan wanita yang terlibat di dalam kerja penjagaan (core work). Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kerja penjagaan terdiri daripada aktiviti penjagaan langsung dan tidak langsung. Aktiviti penjagaan langsung adalah seperti mengasuh bayi atau menjaga pasangan yang sakit manakala aktiviti penjagaan tidak langsung adalah seperti memasak dan membersihkan rumah. Kerja int kebanyakannya dilakukan oleh wanita, yang secara tradisinya dilihat sebagai penjaga utama kanak-kanak, orang tua dan orang sakit, dan penjaga rumah. 

lnisiatif JPW ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk meningkatkan bilangan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga buruh serta dapat menjana pendapatan keluaga dan negara. la juga turut menyokong Teras 2: Memperkasa Wanita dalam Pelan Strategik KPWKM.

Objektif Program

  • Membimbing wanita kumpulan sasar untuk menjana dan meningkatkan pendapatan kendiri;
  • Memberi latihan yang sistematik berkaitan perniagaan, khususnya perniagaan dalam talian; dan
  • Membina jaringan antara kumpulan sasar wanita supaya dapat menyokong antara satu sama lain.

Kriteria Peserta Program WeJANA

  • Wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Menjalankan perniagaan  dari rumah;
  • Mempunyai pengalaman berniaga bagi tempoh kurang daripada 3 tahun;
  • Tidak pernah menyertai  program WeJana sebelum ini;
  • Tidak pernah disabitkan  dengan kesalahan jenayah;
  • Tidak pernah diisytiharkan muflis atau disenaraihitamkan olel mana-mana institusi kewangan;
  • Komited untuk mengikuti program mengikut tempoh yang ditetapkan; dan  
  • Keutamaan bidang perniagaan: mak an dan minuman, perkhidmatan dan kraf kreatif.

Lampiran

#WeJANA

#WanitaEkonomi

Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000866666
Today: 6
Yesterday: 55
This Week: 872
This Month: 3,045
Total: 866,666
  • Tarikh kemaskini : 04 December 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.