Program KASIH Ibu Tunggal
Program KASIH Ibu Tunggal
PENGENALAN
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program KASIH Ibu Tunggal sebagai platform kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dan berdikari bagi meningkatkan potensi diri serta keluar daripada masalah yang dihadapi.
OBJEKTIF
- Memupuk minda dan nilai positif dalam kalangan peserta ibu tunggal;
- Membangunkan keupayaan berdikari dalam kalangan ibu tunggal;
- Mengurangkan kebergantungan ibu tunggal terhadap insentif Kerajaan atau orang lain; dan
- Membentuk ibu tunggal menjadi agen perubahan dalam komuniti.
BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM
i. Modul Pembangunan Potensi
- Ice breaking;
- Ujian personaliti;
- Kenali kemahiran/ potensi diri;
- Analisa peluang kemajuan;
- Penetapan sasaran;
- Formulasi pelan tindakan;
- Penilaian kemajuan; dan
- Refleksi dan intervensi.
ii. Modul Pengurusan Kewangan
- Ice breaking;
- Analisa profil kewangan;
- Penyediaan dokumen;
- Pengurusan hutang;
- Pengurusan simpanan;
- Strategi pelaburan
- Penilaian kemajuan; dan
- Refleksi dan intervensi.
iii. Modul Kemahiran Perundangan
- Ice breaking;
- Hak wanita dalam perundangan;
- Prosedur tuntutan selepas penceraian;
- Penyediaan dokumen;
- Analisa kes;
- Khidmat dan nasihat dokumen;
- Pendaftaran kes mahkamah; dan
- Refleksi dan intervensi.
MAKLUMAT LANJUT:
Program KASIH Ibu Tunggal
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)
Tel : 03-8323 1620/ 1610/ 1627
Emel :