• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" splwpk-publicising="splwpk-publicising" timestamp="2023-07-15 00:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA ANTARABANGSA
(INTERNATIONAL ELIMINATION OF VIOLENCE AGAINST WOMEN'S DAY, EVAW)

Image

Pengenalan

Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita merupakan sambutan tahunan dilaksanakan pada 25 November setiap tahun seantero dunia. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita, giat melaksanakan sambutan ini sebagai tanda solidariti terhadap isu pandemik senyap atau shadow pandemic yang tular dalam masyarakat kini. Tidak dapat dinafikan bahawa keganasan terhadap wanita merupakan satu isu serius yang memerlukan perhatian dan kesedaran semua pihak. Keganasan terhadap wanita ini merangkumi berbagai tindakan yang melibatkan penggunaan kekerasan fizikal, seksual, emosi, atau psikologi terhadap wanita.

Image
01

Kesaksamaan Gender

Usaha untuk mencapai kesaksamaan gender adalah penting bagi pembangunan masyarakat yang inklusif. Langkah-langkah untuk mencapai kesaksamaan gender termasuk pelaksanaan undang-undang dan dasar yang adil dan inklusif, peningkatan kesedaran mengenai isu-isu gender, dan memastikan akses yang saksama terhadap peluang pendidikan dan pekerjaan. Selain itu, stereotaip gender dan stigma juga perlu diatasi untuk memupuk sikap saling menghormati peranan dan sumbangan sesama lelaki dan wanita dalam masyarakat.
02

Pendidikan dan Advokasi

Meningkatkan kesedaran tentang keganasan terhadap wanita melalui kempen penerangan, pendidikan, dan latihan supaya masyarakat lebih peka dan bersedia untuk bertindak.
03

Sokongan Kepada Mangsa

Mewujudkan sistem sokongan yang kukuh bagi mangsa keganasan termasuk pusat perlindungan, khidmat nasihat, dan perkhidmatan bantuan yang lain.
04

Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Undang-Undang Yang Lebih Berkesan

Memastikan undang-undang yang memadai dan berkesan bagi melindungi wanita daripada sebarang bentuk keganasan, dan menguatkuasakan undang-undang tersebut secara adil. Undang-undang perlindungan perlu diperkuatkan dan dikuatkuasakan untuk melindungi wanita daripada keganasan. 

KIraan Detik Sehingga Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa

#EVAW
#hentikandanlaporkan
#hentikankeganasanterhadapwanita
#wanitaselamat

Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000848508
Jumlah Pelawat Hari Ini : 17
Jumlah Pelawat Semalam : 74
Jumlah Minggu Hari Ini : 3,466
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 3,558
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 848,508
  • Tarikh kemaskini : 02 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.