Bantuan Khas Perbendaharaan
PENGENALAN
Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang berkuatkuasa pada tahun 2001 adalah disasarkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan melaksanakan program-program KPWKM yang berteraskan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.
OBJEKTIF
Pemberian BKP kepada NGO bertujuan:
- Untuk mendayaupayakan komuniti melalui tindakan kesukarelaan yang strategik dan berkesan;
- Untuk memastikan kumpulan sasar Kementerian menerima faedah yang optimum dan berkesan berdasarkan perkhidmatan yang disediakan oleh NGO; dan
- Untuk memperkasakan NGO agar menjadi satu pertubuhan yang berdikari dan membudayakan amalan pengurusan yang terbaik serta berkeupayaan untuk sentiasa melestarikan program dan perkhidmatan yang diberikan.
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat secara manual atau dalam talian melalui Sistem iJPW;
- Permohonan dibuka sepanjang tahun;
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan;
- Kertas kerja perlu dikemukakan dalam Bahasa Malaysia sahaja mengikut format yang ditetapkan;
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses: dan
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, KPWKM berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran BKP.
BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM
i. Program Pembangunan Wanita
- Kewangan
- Kemahiran
- Keseimbangan
- Kepimpinan dan kesaksamaan gender
- Menangani keganasan terhadap Wanita
ii. Program Pembangunan Keluarga
- Kekeluargaan
- Keibubapaan
- Kebapaan
- Persediaan Perkahwinan
- Pemantapan Perkahwinan
- Pembangunan Remaja
- Kesihatan Reproduktif
iii. Pembangunan Masyarakat
- Perlindungan dan Pemulihan Kanak-kanak
- Advokasi, Literasi Akta-akta Sosial dan Undang-undang
- Perlindungan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya
- Pemulihan dan Kesejahteraan Warga Emas
- Pemulihan dan Pengurusan Mangsa Bencana
- Pemulihan dan Peningkatan Kapasiti Orang Papa, Pengemis dan Gelandangan
- Latihan dalam Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
- Pembangunan Kapasiti Komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
PROSES PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT:
Program Pembangunan Wanita:
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tingkat 23-25, No. 55, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)
Tel: 03-8323 1618/ 1608/ 1632
Email:
Program Pembangunan Keluarga:
Ketua Pengarah
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Tingkat 12, Bangunan LPPKN
12 B, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
(u.p: Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga)
Tel: 03-2613 7555 (samb. 1214/1200)
Faks: 03-2694 5458
Program Pembangunan Masyarakat:
Ketua Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 6, 9-18, No. 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u.p: Pengarah Bahagian Komuniti)
Tel: 03-8323 2378/ 2381/ 2375
Faks: 03-8323 2059