PROFIL JABATAN
LATAR BELAKANG JABATAN PEMBANGUNAN WANITA
Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development – NACIWID) sebagai jentera bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Urus setia Majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Ahli-ahli Majlis berkenaan dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun.
VISI
Peneraju dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama.
MISI
Meningkatkan penglibatan dan kapasiti wanita dalam pelbagai sektor di semua peringkat bagi menyumbang dan menjadi agen pembangunan negara.
Garis Masa Penubuhan
1983
1983
Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID.
1983
1985
26 Ogos 1985
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan dengan menaikkan tarafnya kepada Bahagian.
1990
27 October 1990
Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
1990
1997
29 Januari 1997
Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan.
1 Julai 1997
HAWA beroperasi sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
1999
18 Disember 1999
Selepas Pilihanraya Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan semula di Jabatan Perdana Menteri.
2001 - Sehingga Kini
1 Julai 2001 - Sehingga Kini
Jabatan Hal Ehwal Wanita distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM.
2001 - Sehingga Kini