Client Charter Achievement
Bahagian Pengupayaan Wanita
OBJEKTIF
- Meningkatkan keupayaan wanita dari segi kemahiran membuat keputusan dan meningkatkan pengetahuan mengenai gender, menyokong usaha-usaha kerajaan dalam mengukuhkan kesaksamaan hak wanita dan membina kesedaran global.
FUNGSI
- Menyelaras Inisiatif Wanita Bangkit dari segi menguar-uarkan inisiatif ini supaya lebih ramai syarikat menampil untuk menyertai inisiatif ini bagi tujuan memberi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan;
- Mengemaskini statistik Wanita Bangkit secara berkala (setiap minggu);
- Menyemak Modul Kesaksamaan dan Kepimpinan Kendiri serta memantau kesesuaian program-program yang dicadangkan di bawah modul ini dari semasa ke semasa;
- Mengurus setiakan Program Advokasi Kepekaan Gender dengan mencari penceramah-penceramah yang sesuai mengikut topik dan menguruskan semua urusan teknikal bagi menjayakan program ini;
- Menyemak jawapan parlimen yang berkaitan dengan kesaksamaan, kepimpinan dan gender dari semasa ke semasa;
- Menyediakan maklum balas kepada mesyuarat tertinggi JPW dan KPWKM seperti Mesyuarat berkala JPW, Mesyuarat Pasca Kabinet dan sebagainya;
- Menyelaras dan memantau Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Bekerjaya yang dijalankan oleh PPWN (12 negeri);
- Menyelaras dan memantau Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda yang dijalankan oleh PPWN (12 negeri);
- Menyelaraskan Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita; dan
- Menyediakan maklum balas kepada mesyuarat tertinggi JPW dan KPWKM seperti Mesyuarat berkala JPW, Mesyuarat Pasca Kabinet dan sebagainya.