Media Statement
Siaran Media - Sambutan Hari Wanita 2021: Wanita Bangkit Mendepani Cabaran
Putrajaya, 8 Mac - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah berjaya menyempurnakan majlis Sambutan Hari Wanita 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.