Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE)

Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE)

Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE)

26 Januari 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyambut baik seruan YAB Perdana Menteri untuk menyemarakkan lagi penglibatan wanita dalam kepimpinan.

Justeru, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah memperkenalkan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS). Melalui program ini, tokoh wanita atau wanita yang telah berjaya akan diberikan geran peruntukan untuk menjalankan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang.

Hari ini, menerusi Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE) yang dianjurkan oleh Puan Sharnaz Saberi, salah seorang tokoh PERANTIS daripada Sarawak telah berjaya menghimpunkan lebih 100 peserta yang aktif dalam industri seni, budaya, media dan teknologi untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan sekali gus menonjolkan pencapaian wanita dalam industri kreatif.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM dengan dihadiri Yang Berbahagia Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama ketua Jabatan dan Agensi. Turut hadir tokoh-tokoh ternama seperti Datuk Zunaidah Idris, Datu Dr. Rashidah Bolhassan, Prof. Philip Nuli Anding, Prof. Dr. Abu Hassan Md Isa, Dr. Anna Sue, Dr. Soo Wincci, Puan Zaharah Malim, Dodi Mohammad dan Sharon Paul.

KPWKM menyeru golongan wanita untuk merebut peluang menyertai program PERANTIS dalam usaha melahirkan lebih ramai tokoh wanita di peringkat pembuat keputusan dan menyumbang kepada pembangunan Negara.

Event Information

Event Date 26-01-2025
Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000881047
Today: 382
Yesterday: 367
This Week: 1,081
This Month: 1,423
Total: 881,047
  • Tarikh kemaskini : 05 February 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.