BAHAGIAN PELAKSANAAN DASAR WANITA (BPDW)
- Merancang dan menyelaras hala tuju pemerkasaan wanita.
- Merancang, menyelaras, dan mengemaskini Dasar Wanita Negara.
- Merancang serta menyelaras pengemaskinian dan memantau pencapaian Pelan Tindakan Pembangunan Wanita.
- Merancang, menyelaras dan melaksana urusan berkaitan Majlis Wanita Negara, Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara serta memantau pelaksanaan keputusan – keputusan mesyuarat.
- Memantau pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri yang diurussetiakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN).
- Menyelaras urusan berkaitan Parlimen, Memorandum Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan, Majlis Raja – Raja dan lain – lain mesyuarat di peringkat Kementerian.
- Menyelaras pengemaskinian input / maklum balas berhubung komitmen Kerajaan terhadap resolusi, dasar, pelan tindakan dan konvensyen yang dipersetujui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan wanita.
- Merancang, menyelaras, mengemas kini dan memantau Key Performance Indicator (KPI), Outcome Based Budgeting (OBB) dan Sasaran Kerja Utama Jabatan.
- Menyelaras pengemaskinian input dan memantau pencapaian program berkaitan JPW di bawah Pelan Strategik KPWKM.
BAHAGIAN PENGUPAYAAN WANITA (BPW)
- Melaksanakan, menyelaras dan memantau program-program pengupayaan wanita terutama kumpulan sasar wanita Jabatan.
- Merangka serta menyelaras pengemaskinian Modul Kesaksamaan dan Kepimpinan Kendiri serta memantau kesesuaian program-program yang dicadangkan di bawah modul ini dari semasa ke semasa.
- Menyelaras, mengurussetiakan dan memantau pelaksanaan Program Advokasi Kepekaan Gender.
- Merangka, menyelaras dan mengurussetiakan program – program kepimpinan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
- Menyelaras dan mengumpul data berkaitan 30% penglibatan wanita dalam peringkat pembuat keputusan.
- Menyelaras dan memantau advorkasi gangguan seksual dan menyelaras urusan berkaitan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual.
BAHAGIAN PENILAIAN, PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (BPPPP)
- Memantau dan menilai pelaksanaan program pemerkasaan wanita.
- Menguruskan repositori data berkaitan wanita.
- Menyelaras menguruskan peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP).
- Pemantauan dan penyelarasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
BAHAGIAN USAHASAMA STRATEGIK (BUS)
- Menyelaras kolaborasi strategik di antara JPW dan agensi luar, berkaitan pembangunan kapasiti kumpulan sasar Jabatan (wanita) bagi membentuk kerjasama yang bersifat dinamik dan holistik dan memberi manfaat kepada semua pemegang taruh.
- Menetapkan Program Modul Pemerkasaan Wanita – Domain Kewangan. Merangka kerangka modul Literasi Kewangan dan Penjanaan Pendapatan yang bersesuaian bagi meningkatkan literasi kewangan wanita serta memberi pendedahan dan advokasi kaedah penjanaan pendapatan melalui keusahawanan.
- Menetapkan Kerangka Modul/Program Model Pemerkasaan Wanita – Domain Kemahiran yang menumpukan kepada aspek kemahiran bersifat teknikal dan praktikal agar dapat diaplikasikan oleh wanita dalam aktiviti harian. Meningkatkan peranan wanita dalam pengurusan keluarga terutamanya yang memegang status Ketua Isi Rumah (Wanita).
- Menyelaras pelaporan program-program wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. (APEC, ASEAN, IORA).
- Menyelaras dan mengurussetiakan Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan.
- Menyelaras maklumbalas Jabataan serta terlibat dalam rantaian kolaborasi yang bersepadu mengenai kumpulan sasar wanita, terutamanya dalam urusan pembangunan sosio ekonomi wanita.
- Menyelaras dan menjalankan program penjanaan pendapatan wanita yang bersesuaian dengan fungsi.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PSIKOLOGI (BPSi)
- Merangka, menyelaras dan melaksana program psikososial dan kaunseling motivasi.
- Merangka, menyelaras dan mengurussetiakan Modul Pembangunan Wanita khususnya di bawah domain keseimbangan.
- Membangun dan melaksana program-program advokasi menangani keganasan terhadap wanita.
- Menyelaras dan melaksana pengurusan perlindungan wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
- Menyelaras dan melaksana tempat berlindung wanita khususnya mangsa keganasan rumahtangga.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau hal ehwal pentadbiran am jabatan serta pejabat negeri termasuk Pengurusan Rekod dan Fail, Pengurusan Kenderaan, Aset dan Penyelenggaraan.
- Menguruskan hal ehwal sumber manusia termasuk pemantauan, penyelarasan dan pelaksanaan bagi rekod perkhidmatan pegawai, HRMIS, pelantikan, penempatan, pertukaran, peletakan jawatan, pemangkuan dan tanggung kerja serta pengurusan cuti dan tatatertib.
- Merancang, menyelaras dan memantau hal ehwal kewangan termasuk perolehan, penyediaan Anggaran Belanja Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan, kawalan perbelanjaan, bayaran komitmen, gaji dan elaun berkaitan dan laporan prestasi perbelanjaan Jabatan.
- Merancang, menyelaras, melaksana pengurusan bagi pelaksanaan kerja di bawah Unit ICT dalam menyediakan kemudahan ICT di samping pengurusan kemudahan ICT termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK)
- Memasarkan maklumat mengenai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
- Menguruskan hal ehwal korporat Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
- Mengurus perhubungan media.
- Mengurus perhubungan awam.
- Memasarkan maklumat mengenai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui media massa, penerbitan bercetak, video, portal rasmi dan media sosial Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).