• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

PENGENALAN

 

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program KASIH Ibu Tunggal sebagai platform kepada ibu tunggal untuk menimba ilmu dan berdikari bagi meningkatkan potensi diri serta keluar daripada masalah yang dihadapi.

 

OBJEKTIF

 

  1. Memupuk minda dan nilai positif dalam kalangan peserta ibu tunggal;
  2. Membangunkan keupayaan berdikari dalam kalangan ibu tunggal;
  3. Mengurangkan kebergantungan ibu tunggal terhadap insentif Kerajaan atau orang lain; dan
  4. Membentuk ibu tunggal menjadi agen perubahan dalam komuniti.


BIDANG KEUTAMAAN PROGRAM

 

i. Modul Pembangunan Potensi

  1. Ice breaking;
  2. Ujian personaliti;
  3. Kenali kemahiran/ potensi diri;
  4. Analisa peluang kemajuan;
  5. Penetapan sasaran;
  6. Formulasi pelan tindakan;
  7. Penilaian kemajuan; dan
  8. Refleksi dan intervensi.

 

ii. Modul Pengurusan Kewangan

  1. Ice breaking;
  2. Analisa profil kewangan;
  3. Penyediaan dokumen;
  4. Pengurusan hutang;
  5. Pengurusan simpanan;
  6. Strategi pelaburan
  7. Penilaian kemajuan; dan
  8. Refleksi dan intervensi.

 

iii.  Modul Kemahiran Perundangan

  1. Ice breaking;
  2. Hak wanita dalam perundangan;
  3. Prosedur tuntutan selepas penceraian;
  4. Penyediaan dokumen;
  5. Analisa kes;
  6. Khidmat dan nasihat dokumen;
  7. Pendaftaran kes mahkamah; dan
  8. Refleksi dan intervensi.

 

MAKLUMAT LANJUT:

 

Program KASIH Ibu Tunggal

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Wanita

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Aras 25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4

62100 Putrajaya

(u.p.: Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan)

Tel       :           03-8323 1620/ 1610/ 1627

Emel    :           This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

No.  Perkhidmatan Online
1. Permohonan Bantuan Khas Perbendaharaan
2. E-Pamphlet 

Definisi Data Terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta. Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat : Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 

Bil Tajuk Format
1. Direktori Jabatan Pembangunan Wanita CSV
2. Kedudukan Pengisian Perjawatan Di JPW Dan PPWN Mengikut Kumpulan Umur XLS, CSV
3. Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPW XLS, CSV,XLSX

Bahagian Bimbingan dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan kaunseling motivasi kepada sesiapa sahaja yang ingin mempunyai cabaran dalam kehidupan, khususnya ibu tunggal, wanita, remaja, mangsa keganasan dan lain-lain.

Objektif
Kaunseling motivasi bertujuan untuk membantu klien yang ingin melakukan perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan ke arah yang lebih positif dan bersesuaian dengan keperluan semasa klien.

Kumpulan Sasar
Wanita, ibu tunggal, remaja, keluarga, mangsa keganasan dan sesiapa sahaja boleh menghubungi JPW untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Bahagian Pembangunan Psikologi berperanan penting dalam memahami dan memperbaiki aspek psikologi manusia. Objektif Mendapatkan sokongan untuk mengatasi masalah pengurusan emosi, tingkah laku dan perhubungan di tempat kerja, keluarga serta personal.   Menerokai perasaan dan pemikiran mereka, serta mempelajari teknik-teknik berkesan untuk mengatasi stres, kecelaruan emosi, dan isu-isu keresahan.   Membantu individu mencapai kehidupan yang seimbang, sejahtera, dan lebih bermakna.   Memberi peluang bagi individu untuk mengatasi masalah dan cabaran kerhidupan serta meningkatkan kapasiti diri untuk meneruskan rutin harian. Kumpulan Sasar Wanita, ibu tunggal, remaja, keluarga, mangsa keganasan dan sesiapa sahaja boleh menghubungi JPW untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Subcategories

Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000870238
Jumlah Pelawat Hari Ini : 56
Jumlah Pelawat Semalam : 196
Jumlah Minggu Hari Ini : 1,874
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 2,453
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 870,238
  • Tarikh kemaskini : 10 January 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.