Lawatan YB Hajah Aiman Athirah Sabu Ke Agensi Dan Jabatan Di Bawah KPWKM
LAWATAN YBTM KE AGENSI DAN JABATAN DI BAWAH KPWKM
21 DISEMBER 2022
Hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Aiman Athirah Sabu telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Kaunselor (LK) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk mengetahui fungsi dan gerak kerja setiap Agensi dan Jabatan dalam membantu dan memperkasa kumpulan sasar di bawahnya.
YB Hajah Aiman Athirah diberikan taklimat ringkas mengenai peranan setiap Agensi dan Jabatan, kemudiannya beliau menyantuni dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai yang ada dan dibawa melawat ke unit-unit di setiap Agensi dan Jabatan.
Semoga setiap agensi dan jabatan dapat memantapkan lagi mutu kerja di samping melaksanakan pelbagai inisiatif pada tahun hadapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di tahap yang optimum.
Event Information
Tarikh Berita | 21-12-2022 |