• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPWKM Tahun 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPWKM Tahun 2022

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPWKM Tahun 2022

20 Jun 2023

Hari ini telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Bangi Avenue Convention Centre.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 649 orang pegawai termasuk lapan (😎 orang pegawai dan kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU), tujuh (7) daripada Jabatan Kebajikan Maysrakat (JKM) dan satu (1) orang daripada Institut Sosial Malaysia (ISM).
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa pegawai dan kakitangan KPWKM yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi dan dedikasi yang baik sepanjang tahun 2022.

Usaha berterusan ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, malah merupakan salah satu langkah ke arah membudayakan kecemerlangan secara menyeluruh dalam semua aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam.
Penganugerahan dan pengiktirafan ini diharap dapat menjadi pembakar semangat buat semua penerima anugerah sekaligus memberi inspirasi kepada seluruh warga KPWKM untuk terus bersemangat merealisasikan penyampaian perkhidmatan awam dengan berkesan dalam mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara selaras dengan salah satu nilai yang diterapkan dalam MALAYSIA MADANI.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri KPWKM dan YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
#APCKPWKM2022

Event Information

Tarikh Berita 20-06-2023
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000849994
Jumlah Pelawat Hari Ini : 25
Jumlah Pelawat Semalam : 204
Jumlah Minggu Hari Ini : 437
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 5,044
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 849,994
  • Tarikh kemaskini : 11 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.