• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Majlis Pelancaran Program Women of Wonders (WOW) Negeri Johor Tahun 2024

Majlis Pelancaran Program Women of Wonders (WOW) Negeri Johor Tahun 2024

Majlis Pelancaran Program Women of Wonders (WOW) Negeri Johor Tahun 2024

12 September 2024

Majlis Pelancaran Program Women of Wonders (WOW) Negeri Johor Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Ceylonese, Kluang, Johor.

Program Women of Wonders (WOW) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita melibatkan seramai 105 orang peserta Skuad Waja di daerah Kluang. Matlamat program ini adalah untuk memperkasa, memberi kesedaran serta melindungi wanita daripada sebarang bentuk keganasan dan penganiayaan.

Skuad Waja secara majoritinya adalah diserta dan digerakkan oleh wanita yang bercitrakan Women of Wonders dalam menyantuni, membantu serta menerajui hak-hak wanita.

Penubuhan program sukarelawan Skuad Waja merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita yang bertujuan untuk memperkasakan komuniti melalui program bimbingan psikososial sekali gus sebagai agen perubahan dalam komuniti bagi mewujudkan sinergi yang baik antara pihak Kerajaan dan komuniti.

 

Antara pengisian Program Women of Wonders (WOW) termasuk slot ceramah bertajuk Isu dan Kesan Psikologi Terhadap Keganasan Rumah Tangga yang disampaikan oleh Encik Gopal Akambaram, Penolong Pengarah daripada Bahagian Pembangunan Psikologi, Jabatan Pembangunan Wanita. Manakala, ceramah bertajuk Anti Keganasan dan Jenayah Terhadap Wanita: “Kenapa Wanita Jadi Mangsa?” dikendalikan oleh DSP Faridah binti Monil, Pegawai Turus Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak, Ibu Pejabat Polis Kontingen, Johor. Aktiviti seperti Kahoot/ Energizer juga diadakan dalam program ini.

Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah JPW, Puan Izlin binti Idris, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Puan Zaiton binti Mamat, Pengarah Bahagian Pembangunan Psikologi Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs. Dr. Salmi Jalina binti Jalil, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Johor, wakil pengarah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor serta wakil Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara.

Event Information

Tarikh Berita 12-09-2024
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000862071
Jumlah Pelawat Hari Ini : 208
Jumlah Pelawat Semalam : 235
Jumlah Minggu Hari Ini : 953
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 3,948
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 862,071
  • Tarikh kemaskini : 14 November 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.