• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025

Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025

Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025

22 Januari 2025

“Wanita Beraspirasi Membina Legasi” diumumkan sebagai tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.

Turut dilancarkan logo Hari Wanita Antarabangsa 2025. Tema ini dipilih bagi mengangkat usaha wanita untuk mencipta perubahan yang berkekalan. Logo yang dilancarkan juga merupakan simbol harapan dan optimisme selari dengan tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa iaitu For ALL women and girls: Rights. Equality. Empowerment.

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara.

Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka oleh KPWKM bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini. Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah forum dan seminar bagi menampilkan wanita-wanita berjaya serta tokoh-tokoh terkemuka yang telah berusaha keras dalam memperjuangkan hak dan peluang yang lebih baik untuk wanita. Sambutan ini juga akan menyaksikan penganugerahan kepada wanita-wanita hebat yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

YB Menteri dalam ucapannya turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada tema dan logo ini. Raikanlah peranan dan sumbangan wanita dengan penuh penghormatan dan penghargaan. Sambutan Hari Wanita ini melambangkan usaha bagi mengiktiraf dan menyokong perjuangan wanita untuk mencapai kesaksamaan, keadilan, dan peluang yang setara.

Turut sama hadir dalam majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW dan pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan serta Agensi KPWKM.

Event Information

Tarikh Berita 22-01-2025 3:00 pm
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000881048
Jumlah Pelawat Hari Ini : 383
Jumlah Pelawat Semalam : 367
Jumlah Minggu Hari Ini : 1,082
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 1,424
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 881,048
  • Tarikh kemaskini : 05 February 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.