Program KASIH Komuniti Dan Advokasi AGS@Sibu
PROGRAM KASIH KOMUNITI DAN ADVOKASI AGS @SIBU
12 JANUARI 2025
YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program KASIH Komuniti Dan Advokasi Antigangguan Seksual di Dewan Komuniti Sibu Jaya.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) terus komited dalam usaha menyebarluaskan advokasi antigangguan seksual kepada masyarakat umum agar lebih ramai tahu dan sedar akan hak mereka.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan aspek kesedaran terhadap antigangguan seksual dan memberi pendedahan khusus menangani kes serta membantu mangsa gangguan seksual, termasuk dalam aspek pengurusan aduan.
Dalam majlis yang sama, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menyediakan kaunter perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang merupakan pusat rujukan khusus kepada kumpulan sasar KPWKM seperti wanita, kanak-kanak, keluarga, warga emas dan OKU.
Program turun padang seumpama ini diharapkan akan mendekatkan warga Kementerian dengan komuniti tempatan selain turut membuka lebih banyak peluang kolaborasi dengan rakan strategik dalam usaha pencegahan dan meningkatkan kesedaran gangguan seksual dalam komuniti secara keseluruhannya.
Turut hadir YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, YBrs Dr. Faridah binti Awang, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian, jabatan dan agensi KPWKM.
Event Information
Tarikh Berita | 12-01-2025 8:00 am |