• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Program Semarak Skuad Waja 2024 Negeri Johor

Program Semarak Skuad Waja 2024 Negeri Johor

Program Semarak Skuad Waja 2024 Negeri Johor

28 Julai 2024

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah merasmikan Program Semarak Skuad Waja 2024 negeri Johor.

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita yakin dengan penubuhan Skuad Waja dapat menjadi agen perubahan dalam usaha meningkatkan pengetahuan wanita bukan sahaja berkaitan dengan perundangan malah mendedahkan mereka dengan ilmu berkaitan modus operandi jenayah serta tindakan yang perlu diambil.

Pendedahan ilmu dan aktiviti ini dapat menjadikan wanita sebagai seorang yang bersifat waja, berdikari, berani dan peka dengan keperluan masyarakat serta saling membantu antara satu sama lain.

Bagi negeri Johor sahaja, terdapat seramai 24,232 orang ahli Skuad Waja yang melibatkan seramai 22,130 wanita dan 2,102 lelaki. Manakala sehingga kini, seramai 72,942 individu telah disantuni di seluruh negara dan bagi negeri Johor, seramai 12,061 invididu yang telah disantuni melalui program psikososial Skuad Waja.

Turut hadir dalam program hari ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, wakil-wakil pemimpin masyarakat serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi.

Event Information

Tarikh Berita 28-07-2024
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000866650
Jumlah Pelawat Hari Ini : 45
Jumlah Pelawat Semalam : 157
Jumlah Minggu Hari Ini : 856
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 3,029
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 866,650
  • Tarikh kemaskini : 04 December 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.