Program Wanita GIG and Business In Technology (GIG@BIT)
Program Wanita GIG and Business In Technology (GIG@BIT)
25 Julai 2024
Hari ini YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program Wanita GIG and Business In Technology (GIG@BIT) di Kuala Lumpur.
Program anjuran agensi di bawah KPWKM iaitu Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi dengan memberi fokus kepada beberapa perkara seperti:
- Menggalakkan penglibatan tenaga kerja wanita dalam sektor ekonomi berasaskan teknologi digital.
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui latihan berterusan, pembangunan profesional dan peningkatan kemahiran dalam teknologi serta trend digital.
- Meningkatkan literasi digital dalam kalangan wanita melalui kemahiran dan pengetahuan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi digital.
- Mendidik peserta berkaitan dengan keselamatan dalam talian.
Para peserta yang menghadiri program pada hari ini telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan cara perniagaan menggunakan kemahiran digital selain diberi maklumat berkaitan platform-platform e-dagang dan pembayaran elektronik yang menyokong program dan dapat membantu merealisasikan usaha menjalankan perniagaan kepada semua golongan wanita tanpa mengira umur.
Program ini menjadi platform terbaik dalam usaha untuk mncapai sasaran bagi meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam bidang digital seterunya memperkasa wanita di negara ini.
Event Information
Tarikh Berita | 25-07-2024 |