• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

Sesi Lawatan Kerja Oleh Transparency International Cambodia Ke JPW

Sesi Lawatan Kerja Oleh Transparency International Cambodia Ke JPW
SESI LAWATAN KERJA OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL CAMBODIA KE JABATAN PEMBANGUNAN WANITA

22 Disember 2022

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Transparency International Cambodia (TI Cambodia) pada hari ini. Seramai 13 orang belia daripada Kerajaan Kemboja dan diiringi oleh 5 orang pegawai TI Cambodia yang telah menyertai lawatan ini untuk mempelajari dan mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berhubung pemerkasaan dan status wanita di Malaysia.
Tujuan sesi lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan perkongsian dalam membina kapasiti penjawat awam dan memperkasakan belia khususnya wanita muda untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam proses membuat keputusan dan terlibat dalam dialog dasar dengan pembuat keputusan utama dan entiti penyampaian perkhidmatan, untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan di Kemboja.
Dalam sesi lawatan kerja ini, Datin Izzatul Shima binti Md Thahir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah mempengerusikan pembentangan tersebut serta pegawai-pegawai Bahagian juga turut bersama.

Event Information

Tarikh Berita 22-12-2022
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000850000
Jumlah Pelawat Hari Ini : 31
Jumlah Pelawat Semalam : 204
Jumlah Minggu Hari Ini : 443
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 5,050
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 850,000
  • Tarikh kemaskini : 11 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.