Empower Women

  • infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Ketua Pengarah JPW Menghadiri Majlis Penutupan Program Dapur Bina Kerjaya.

Ketua Pengarah JPW Menghadiri Majlis Penutupan Program Dapur Bina Kerjaya.

KETUA PENGARAH JPW MENGHADIRI MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM DAPUR BINA KERJAYA ANJURAN DEWAN PERDAGANGAN & INDUSTRI ASEAN DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT DI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT, JUGRA SELANGOR.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) YBrs. Puan Hanani Sapit meluangkan masa merasmikan Majlis Penutupan Dapur Bina Kerjaya anjuran Dewan Perdagangan & Industri ASEAN dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat pada Ahad.

Majlis ini adalah simbolik kepada penutupan rasmi program ini yang telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Komuniti Kuala Langat selama dua hari pada 4 & 5 Januari. Seramai 50 orang peserta wanita daripada golongan rentan telah dipilih sebagai usaha dalam membantu menaiktaraf komuniti khususnya usahanita Selangor yang telah mempunyai Homebase Product.

Peserta telah berpeluang melalui beberapa modul antaranya taklimat berkaitan Pengurusan Perniagaan, pendaftaran SSM dan Pendaftaran Perniagaan, Sistem FOSIM oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Pantang Larang Tik Tok, Penyediaan Makanan Katering, Strategi Kos, Penepatan Harga dan Pembungkusan Pembungkusan Pembuatan Nasi Arab dan pelabagai pencuci mulut dan roti.

Selain itu, Ketua Pengarah JPW berbesar hati menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama di antara Dewan Perdagangan & Industri ASEAN diwakili YBhg. Dato’ Sri Erynna Bt Abd Rasyid, Timbalan Presiden 2, Dewan Perdagangan Dan Industri ASEAN dan Kolej Komuniti Kuala Langat diwakili oleh YBrs. Ts. Suhairi bin Ismail sebagai tanda kerjasama kedua-dua pihak pada masa hadapan bagi program pembangunan usahawan wanita.

Turut hadir ke majlis ini ialah YBrs. Puan Wan Marina Binti Wan Mohd Nowalid, Timbalan Pengarah, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti, Bahagian Kolaborasi Industri & Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta YBhg. Dato Abdul Malik Abdullah, Timbalan Presiden 1, Dewan Perdagangan Dan Industri ASEAN.

“Usahanita Berjaya, Menginspirasi Komuniti Berkemahiran”

Event Information

Event Date 05-01-2025
Image

© DISCLAIMER : Department of Women's Development are not responsible for the loss of damage by using any information from this website.

Image
000881240
Today: 176
Yesterday: 399
This Week: 1,274
This Month: 1,616
Total: 881,240
  • Tarikh kemaskini : 05 February 2025.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my

The Ministry of Women, Family and Community Development, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.