3rd ASEAN Women Leaders’ Summit and the Pre-Summit Events
3rd ASEAN Women Leaders’ Summit and the Pre-Summit Events
21 Ogos 2024
The 3rd ASEAN Women Leaders’ Summit and the Pre-Summit Events sedang berlangsung di Vientiane, Lao PDR dari 21 sehingga 23 Ogos 2024. YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku Pengerusi ASEAN Committee on Women (ACW) telah diwakili oleh Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai salah seorang daripada ahli panel bagi sesi A Learning Exchange on Addressing the Care Economy dan membentangkan mengenai Kerangka Strategik Industri Penjagaan di Malaysia.
Pembentangan ini antara lain berkongsi tentang inisiatif serta perancangan mengenai masa depan industri penjagaan di Malaysia. Sesi perkongsian tersebut turut melibatkan pembentangan oleh wakil daripada ACW Lao PDR, Cambodia, Indonesia, Filipina dan Timor Leste.
Selain daripada itu, perkara utama yang dibincangkan adalah kaitan Women, Peace and Security (WPS) dengan industri penjagaan. Antara perkara yang turut diketengahkan adalah penglibatan wanita dalam proses keamanan dan mediasi, serta cabaran dan strategi untuk pemimpin wanita dalam angkatan tentera.
Penyertaan the 3rd ASEAN Women Leaders’ Summit and the Pre-Summit Events ini, juga dihadiri oleh pegawai daripada Bahagian Kolaborasi Strategik dan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM.
Event Information
Tarikh Berita | 21-08-2024 |