• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

Laungan “Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual” bergema di Dewan Masyarakat Bekenu

Laungan “Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual” bergema di Dewan Masyarakat Bekenu

Laungan “Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual” bergema di Dewan Masyarakat Bekenu

19 September 2024

Perjalanan jauh dari Bintulu ke Bekenu tidak terasa apabila menerima sambutan meriah daripada penduduk setempat yang hadir di Program Outreach Advokasi Antigangguan Seksual sempena Kembara KASIH KPWKM 2024 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program ini juga adalah kesinambungan daripada Program Jerayawara@Advokasi Antigangguan Seksual yang telah dilaksanakan di seluruh negara bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai gangguan seksual serta menyampaikan maklumat berkenaan bantuan dan perkhidmatan psikososial yang disediakan oleh KPWKM terutama dalam menangani isu gangguan seksual.

YB Menteri dalam ucapannya menyeru orang ramai untuk bersama-sama menyebar luas mengenai gangguan seksual dalam usaha meningkatkan kefahaman komuniti tentang isu ini dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlakunya kes melibatkan jenayah ini.

Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini di reruai-reruai yang dibuka sepanjang program ini berlangsung antaranya pameran Advokasi Antigangguan Seksual, Pusat Sokongan Sosial Setempat, Pusat Interaktif Remaja KafeTEEN, reruai Lembaga Hasil Dalam Negeri, gerai jualan rahmah dan lain-lain lagi.

Terima kasih orang-orang Bekenu yang sudi hadir memeriahkan Kembara KASIH KPWKM. Sampai jumpa lagi❗️

Event Information

Tarikh Berita 19-09-2024
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000862356
Jumlah Pelawat Hari Ini : 56
Jumlah Pelawat Semalam : 171
Jumlah Minggu Hari Ini : 1,238
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 4,233
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 862,356
  • Tarikh kemaskini : 14 November 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.