• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

Lawatan Kerja YBTM KPWKM Ke PPWN Kelantan Pada 7 Mei 2023

Lawatan Kerja YBTM KPWKM Ke PPWN Kelantan Pada 7 Mei 2023
Lawatan Kerja YBTM KPWKM ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Kelantan

7 Mei 2023

Sesi kedua lawatan kerja YB Hajah Aiman Athirah, Timbalan Menteri KPWKM diteruskan ke Pejabat Pembangunan Wanita (PPWN) Negeri Kelantan. Setibanya disana, YB Timbalan Menteri dibawa beramah mesra dan menyantuni peserta wanita yang menceburi peniagaan melalui aktiviti dan peluang perniagaan di Laman Wanita (LaWa) Negeri Kelantan.
Meneruskan sesi lawatan bersama warga kerja PPWN Kelantan adalah demonstrasi membungkus nasi lemak dan nasi dagang yang dipertontonkan kepada YBTM selain YBTM berkesempatan menunjukkan bakat terpendam dengan membalut nasi lemak dan nasi dagang kepada semua warga yang hadir dalam lawatan ini.
Tidak melepaskan peluang, Encik Norazman bin Othman, Ketua Pengarah JKM turut juga berkesempatan menunjukkan kebolehan membalut vietnamese roll dalam sesi demonstrasi masakan yang diadakan.

Sebelum mengakhiri sesi lawatan di PPWN, YBTM berkesempatan menyertai dan menyempurnakan Program Kasih Wanita ‘Jom Tanam Pokok’ bersama warga JPW dengan simbolik menyiram anak-anak pokok yang disediakan sebelum diserahkan kepada peserta wanita yang hadir.
Turut hadir sama dalam sesi lawatan ini adalah Encik Norazman bin Othman, Ketua Pengarah JKM, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, Encik Hairil Fadzly bin Md Akir,  Timbalan Ketua Pengarah JPW, YBhg. Datin Izzatul Shima binti Md. Thahir, dan pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi peringkat Ibu Pejabat dan Negeri Kelantan.
 

Event Information

Tarikh Berita 07-05-2023
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000850136
Jumlah Pelawat Hari Ini : 167
Jumlah Pelawat Semalam : 204
Jumlah Minggu Hari Ini : 579
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 5,186
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 850,136
  • Tarikh kemaskini : 11 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.