Program Advokasi Antigangguan Seksual Di Kota Bharu, Kelantan
𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡
𝟭𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯
"Gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana dan kepada sesiapa saja, justeru semua ada peranan untuk menyatakan tidak kepada gangguan seksual. Tindakan dan kerjasama bersepadu dari sektor awam amat penting dalam menjayakan kempen hentikan gangguan seksual". Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah JPW berkata demikan dalam sesi taklimat dan penerangan Program Advokasi Antigangguan Seksual yang berlangsung pada hari ini di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Program ini dihadiri seramai 100 orang kakitangan awam pelbagai Agensi dan Jabatan Negeri Kelantan.
#HentikanGangguanSeksual
Event Information
Tarikh Berita | 11-06-2023 |