• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

Program Libat Urus KPWKM Bersama NGO-NGO Pada 19 Disember 2022

Program Libat Urus KPWKM Bersama NGO-NGO Pada 19 Disember 2022
Program Libat Urus KPWKM Bersama NGO

19 Disember 2022

Program Libat Urus KPWKM bersama NGO telah diadakan bagi memastikan usaha menyantuni dan memperkasakan rakyat dapat dibuat dengan lebih berkesan dan terancang. Sejumlah 49 buah NGO telah dilibatkan dalam sesi yang menjadi platform perkongsian amalan terbaik bagi pelaksanaan program-program untuk manfaat kumpulan sasar yang pelbagai di bawah KPWKM.
KPWKM berhasrat agar tumpuan diberikan untuk mendayaupayakan kumpulan sasar yang terdiri daripada golongan rentan seperti kanak-kanak, OKU, warga emas, mangsa keganasan rumah tangga, mangsa pemerdagangan orang dan lain-lain. Kerjasama erat daripada NGO amat diharapkan agar hasrat untuk memperkasakan wanita, keluarga dan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi dapat direalisasikan.

Kementerian juga mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO sebagai mata dan telinga bagi mendapatkan input di peringkat akar umbi untuk memahami isu sebenar yang dihadapi di lapangan.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM. Turut hadir bersama, YBrs. En. Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta pegawai-pegawai kanan KPWKM dan wakil daripada setiap Agensi dan Jabatan.

Event Information

Tarikh Berita 19-12-2022
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000850139
Jumlah Pelawat Hari Ini : 170
Jumlah Pelawat Semalam : 204
Jumlah Minggu Hari Ini : 582
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 5,189
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 850,139
  • Tarikh kemaskini : 11 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.