• infojpw@jpw.gov.my

<a splwpk-about-us="splwpk-about-us" timestamp="2024-09-13 09:00:00">#</a">

.

About US

Borang Maklum Balas

.
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function
.

Taklimat Antigangguan Seksual Kepada Ahli-Ahli MPT dan Pegawai KPWKM

Taklimat Antigangguan Seksual Kepada Ahli-Ahli MPT dan Pegawai KPWKM

Taklimat Antigangguan Seksual kepada Ahli-Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Pegawai - Pegawai Kementerian

4 Julai 2023

KPWKM sentiasa memandang serius kes berkaitan gangguan seksual khususnya melibatkan kumpulan sasar Kementerian. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kementerian bagi memberi pendedahan mengenai gangguan seksual. Justeru, hari ini telah diadakan satu taklimat Antigangguan Seksual kepada Ahli-ahli Mesyuarat Tertinggi dan pegawai-pegawai KPWKM bertujuan untuk memberi pemahaman lanjut dan sebagai persediaan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual yang akan diadakan di Pulau Pinang nanti.

Pelbagai informasi dan maklumat bermanfaat yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Liyana Ramli, Penolong Pengarah Bahagian Pengupayaan Wanita, JPW. Antaranya akta-akta berkaitan gangguan seksual, tayangan video-video gangguan seksual dan kuiz ringkas bagi menguji pengetahuan para pegawai mengenai gangguan seksual.
KPWKM menyeru semua pihak sama ada agensi kerajaan, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi-institusi pendidikan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menangani isu gangguan seksual demi mewujudkan sebuah persekitaran yang selamat selaras dengan rukun Kesejahteraan yang terkandung dalam konsep Malaysia Madani.

Turut sama hadir dalam taklimat tersebut ialah YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan pegawai-pegawai KPWKM.

#KPWKMPrihatin
#MalaysiaMADANI
#HentikanGangguanSeksual

Event Information

Tarikh Berita 04-07-2023
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000850138
Jumlah Pelawat Hari Ini : 169
Jumlah Pelawat Semalam : 204
Jumlah Minggu Hari Ini : 581
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 5,188
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 850,138
  • Tarikh kemaskini : 11 September 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.