• infojpw@jpw.gov.my
.

Borang Maklum Balas

CIO
<input="type" placeholder="Carian Utama">
Advanced Search Function

The 4th ASEAN Climate Change Partnership Conference

The 4th ASEAN Climate Change Partnership Conference
Perubahan iklim mencetuskan fenomena baharu dan menjadi salah satu agenda penting yang dibincangkan dalam kalangan negara-negara ASEAN. Kesan perubahan iklim yang tidak ditangani dengan baik dapat dilihat menerusi kejadian bencana alam seperti banjir kilat, jerebu dan penyakit berjangkit.
Lanjutan itu, ASEAN Working Group on Climate Change (AWGCC) telah mengadakan The 4th ASEAN Climate Change Partnership Conference bertempat di Bali, Indonesia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diwakili oleh Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan Puan Siti Nurul Munawirah binti Mohamad Roslan, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita telah dijemput atas kapasiti Malaysia yang dilantik sebagai Pengerusi ASEAN Committee on Women.
Antara perkara yang dibincangkan sepanjang konferens adalah perkongsian amalan terbaik daripada negara Indonesia, Kemboja, Singapura dan Filipina dalam menangani isu perubahan iklim serta pengurusan dana Loss and Damage Fund di bawah UNFCCC. Dana tersebut mensasarkan 3 objektif utama, iaitu pengurusan bencana, pengukuhan kerjasama ASEAN bagi meningkatkan pelaburan untuk alam sekitar dan meminimumkan jurang pembiayaan.
Semasa sesi rundingan panel berkaitan dana iklim, Puan Hanani telah membangkitkan isu mengenai keperluan untuk memberi tumpuan kepada gender-related taxonomy bagi mencapai pembiayaan yang lebih holistik dan mampan.
Susulan daripada konferens ini, KPWKM menerusi JPW akan memanfaatkan input perbincangan, kertas pembentangan dan resolusi ke dalam penggubalan dasar baharu serta program pemerkasaan wanita berkaitan perubahan iklim.

Event Information

Tarikh Berita 28-05-2024
Location JPW
Image

© PENAFIAN: Jabatan Pembangunan Wanita tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Image
000862074
Jumlah Pelawat Hari Ini : 211
Jumlah Pelawat Semalam : 235
Jumlah Minggu Hari Ini : 956
Jumlah Pelawat Bulan Ini : 3,951
Jumlah Keseluruhan Pelawat : 862,074
  • Tarikh kemaskini : 14 November 2024.
+ 603-8000 8000
infojpw@jpw.gov.my
Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23,25 dan 28, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.